Selasa, 13 September 2011

ALLAH TAK BERI SEMUA KEMAHUAN KITA~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

bersyukur ke hadrat Nya kerana aku masih mampu berdiri dan berjalan tanpa cela di dunia yang fana ini~

setiap hari yang dilalui, amat bermakna bagiku~

segala apa yg Allah berikan padaku hinggalah ke hari ini, membuatku sentiasa berfikir~

membuatku sentiasa merenung~

segala yang ku inginkan, dipandang sepi~

perkara yg aku impikan, hanya menjadi idaman~

kesedihan tetap bertamu dalam hati~

kecewa tetap bertandang dalam jiwa~

namun ku fikirkan semula~

Allah berikan berdasarkan kemampuanku~

mungkin kerana aku tidak mampu utk itu,, jadi Allah hanya berikan apa yang aku mampu~

tp kenapa aku masih ingin mempersoalkannya??

bayangkan jika Allah tunaikan impian ku~

mungkinkah aku akan jatuh tersungkur oleh kerana impian ku tercapai?
ya!! begitu lah~

maka~

aku harus bersyukur akan segala ketentuanNya dan aku tidak akan mempersoalkan segala takdirNya~ :)

alhamdulillahi rabbil `alamin~~~~

Rabu, 23 Mac 2011

JanjiNya~


TIGA perkara yang sudah dijanjikan Allah SWT yang tertulis di LUH MAHFUZ atas kesemua umat manusia adalah REZEKI,, JODOH,, AJAL~
perjanjian ini akan terlaksana tanpa sedetik pun lewat apabila tiba masanya... usahkan ribut,, taufan sekalipun tidak akan boleh mengganjakkan janji ini...

hanya doa yang mampu kita pinjam sebagai pena untuk mencoret kepada kisah pengakhir janji Tuhan itu...

tiadalah daya kita mempersoal apa yang diatur olehNya yang Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu... kita didatangkan selemah-lemah kejadian dengan seberat-berat tanggungan~

"... Dan diciptakanNYa manusia itu dalam keadaan lemah..."
[surah an-Nisaa : 28]

Jumaat, 11 Mac 2011

Epilog Sebuah Drama~


manusia adalah khalifah di atas muka bumi ini~

itu satu gelaran berat yang dipikul oleh umat sejagat sebagai simbol pertanggungjawaban~

tidak keterlaluan jika dikatakan sejak akhir-akhir ini bayangan khalifah itu kelihatan samar2 dan seakan-akan kian padam~ tiada lagi jati diri dalam individu2 Islam khasnya di negara kita~

semakin kuat irama dakwah dialunkan, semakin rancak jugalah langkah mungkar ditarikan~ hingga ada sesetengah kita yang begitu lantang menyuarakan hak kebebasan untuk memilih cara hidup masing2 dlm pasca moden ini tanpa mempedulikan sensitiviti para ulama yang tidak pernah tumbang memperjuangkan agama Allah SWT bersama org2 yg berjuang~

... wahai orang2 yg beriman, sabarlah kamu (dalam menegakkan agama Allah dan sabarlah kamu dlm perjuangan menghadapi musuh (hawa nafsu) dan tetap teguhlah kamu (dalam barisan perjuangan) dan bertaqwalah kamu kepada Allah moga2 kamu mendapat kemenangan..."
[surah ali- Imran : 200]

Jumaat, 25 Februari 2011

HilanG~


ke mane pergi saya yang sebelum nih?
skrg nih lebih byk mendiamkan diri..
xda hati nak gelak mcm sebelum nih..

>.<

hilang sudah sharifah nuratiqah yang dulu... aiyo0..

gelak pun xmcm sblm nih.. mulut je yang gelak.. tapi hati langsung xgelak pun.. >.<

maaf lah yer kwn2 sbb sharifah nuratiqah sekarang dah lain ckit..

Selasa, 22 Februari 2011

Hati Itu~

bismillahirrahmanirrahim~~

assalamualaikum~

bicara tentang kekuatan hati,, aku tidak pasti adakah hati aku kuat.. atau pun terlalu rapuh..
tapi bila mereka yg melihatku,, pasti disimpulkan aku adalah seorang yang sangat lemah~
kerna apa?? kerna air mataku... namun ku mulai menyedari,, di sebalik air mataku ini,, aku punya kekuatan yg hanya aku sendiri menyedarinya.. walaupun pahit yg di rasa, aku tetap akan teruskan.. aku tidak akan pernah menoleh untuk melakukan kesilapan yg serupa..

benar,, dikatakan hati itu umpama kaca yang rapuh.. mudah retak dan berderai.. oleh itu,, ia akan dijaga sebaik2 iman dan taqwa... kerna ku yakin,, ganjaran Allah itu pasti..

"bersangka baiklah terhadap Allah.. nescaya Allah sentiasa mengikut persangkaan hambaNya"

setiap yg menjadi rasa, akan disimpan jauh di sudut hati ini.. ku yakin Allah mendengar seruan hatiku... Allah mendengar impian hatiku.. dan mudahan,, Allah tunaikan dan permudahkan segalanya~

Isnin, 21 Februari 2011

Kekasih Agung sedang Cemburu



"diambil dari petikan artikel majalah solusi"

Anda sedang asyik berbalas sms dengan seseorang yg bukan mahram?
anda sedang ternanti-nanti panggilan daripada si dia?
anda sedang menunggu saat-saat dapat b
ertembung dengan nya?
anda sedang memilih minyak wangi untuk keluar dating?

err... jika jawapannya ya, anda sedang membuat Kekasih Agung anda sangat cemburu..
berkata Ibn Qayyim al Jawziyyah : "Allah s.w.t. cemburu terhadap hati hambaNya yg mengabaikan cinta, harap dan takut kepadaNya dan ada sesuatu yg lain dalam hatiNya selain Dia..

kata-kata ulamak muktabar ini ada asasnya daripada sabda Rasulullah s.a.w. Daripada Mughirah r.a katanya, Sa'ad bin Ubaidah mengatakan: Sekiranya aku melihat lelaki berkelakuan serong (bermesra-mesraan dengan isteriku, nescaya lelaki itu aku tetak dengan mata pedang yang tajam, bukan dengan sisi tepi pedang!..

ucapan itu smpai kepada Rasulullah s.a.w. lalu Baginda berkata: Mengapa kamu hairan melihat cemburu Sa'ad? demi Allah aku lebih cemburu daripadanya (terhadap perkara yg di ambil endah dan benci demi agama). dan Allah lebih cemburu daripadaku.. kerana itu dilarang Nya mengerjakan perbuatan keji, baik yg terang ataupun yg tersembunyi. dan tiada seorang pun yg suka memberi maaf selain daripada Allah, dan keranan itu di utusNya org yg akan memberikan peringatan..
tiada seorang pun yg suka menerima pujian lebih daripada Allah dan keran itu (untuk org yg memujiNya) dijanjikan syurga. " (riwayat albukhari dan Muslim).


Cemburu Allah Tanda Besarnya Cinta

kecemburuan Allah langsung tidak menunjukkan kerendahan atau Dia memerlukan kita..
Maha suci Allah daripada sebarang sifat kekurangan.. cemburu Allah ialah tanda besarnya cinta Yang Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hambaNya..

Dia tidak memerlukan kita.. Dia tidak luak dgn kelalaian kita.. tak terjejas tanpa cinta kita..

tapi kita?? kperluan kita kepada cintaNya lebih penting daripada kita memerlukan makanan, minuman atau oksigen.. mencintai Allah adalah fitrah hidup kita smeua.

Dia cemburukan hati kita yg meletakkan cinta lain yg lebih Agung daripadaNya kerana Dia sayangkan kita. Dia tidak mahu kita menempah jalan sengasara.. Dia menawarkan cinta yg tak pernah mengenal kecewa.. inilah cinta teragung..

Firman Allah s.w.t. yg bermaksud :
" dan diantara manusia ada yg menyembah tandingan2 selain Allah, mereka mencintai sebagaiman mencintai Allah.. adapun org yg beriman lebih besar kecintaannya kepada Allah.." (surah al Baqarah 2:165)

cintaNya cinta utama. cintaNya membuatkan semua masalah besar terasa kecil kerana kita ada Allah yg Maha Besar utk menyelesaikan nya. cinta Nya membuatkan kita berasa kuat dan yakin diri kerana percaya ada Raja yg mempunyai kerajaan langit dan bumi bersama kita.. cinta Nya membuatkan hidup kita mulia krn merasakan diri kita hanya hambaNya, tidak boleh diperhambakan oleh sesama manusia..

Bila kita Tak Kisah

apabila kita tidak ambil kisah tntang kecemburuan Allah, terus mengagungkan makhlukNya,, bimbang cinta kekasih Agung kan menignggalkan kita. azab Allah yang amat berat di dunia adalah apabila Dia memisahkan kita daripada jalan2 menuju hidayah, menuju ke syurga.. apabila Allah memisahkan kita daripada kebaikan2, maka apa ertinya hidup kita ini lagi..?

lebih menakutkan apabila Allah menghilangkan "rasa" yg boleh menyelamtkan hidup kita.. ketika itu,kita biasanya hilang pertimbangan yg wajar dlm mengambil sesuatu keputusan bijak..

Bagaimana mereka Menguruskan Cinta

ya!! kerana ketertarikan kami kepada si dia itu lumrah.. fitrah yg Allah hadirkan.. setiap fitrah ada peraturannya,. fitrah mkn pun ada peraturan,,inikan pula fitrah cinta?? oleh sebab itu, wajarkah anda mencipta langkah seterusnya tanpa membelek sedikit pun ttg peraturan yg Allah tetapkan?

sanggupkah dirimu mencipta sebuah kenangan cinta tanpa peraturan? penuh maksiat hati.. menjalar pula pada maksiat perbuatan..

remajaku syg, bukan dirimu sahaja yg mengalami rasa cinta, malah semua org tidak terkecuali termasuk para Rasul, sahabat dan org soleh.. bezanya, bgaimana mereka menguruskan perasaan itu? bgaimana pula kita menguruskannya?

Ibn al- Qayyim menukil indah dalam bukunya Raudah al Muhibbin tentang kisah sayyiditina Fatimah al-Zahra berkata kepada suaminya Sayyidina Ali, "kanda, dulu sebelum kita nikah, dinda teringin sangat utk jadi isteri seseorang.. Dinda amat mengaguminya."

dengan penuh cemburu, Sayyidina Ali menjawab.."habis tu, Dinda menyesal nikah dengan kanda?"

si isteri menjawab nakal dgn senyuman menghiasi bibir.. " tak kandaku sayang..kerana org itu ialah kanda.."
kisah ini menjaddi salah satu bukti jelas bahawa puteri Rasulullah sendiri pernah memendam perasaan cinta kepada Sayyidina Ali, mengagumi, merindui dan memasang impian hidup bersamanya..

namun adakah si gadis iman itu berani menghantar surat tanpa pengetahuan wali, berhubung melalui burung merpati, mengatur dating di belakang pohon kurma atau membonceng unta bersama kekasihnya?

begitu juga Sayyidina Ali.. adakah dia melalaikan Fatimah dgn janji2 kosong sebelum menikah? adakah dia meredah hak wali dengan terus mengorat gadis idamannya? adakah dia terburu2 merebut cinta Fatimah yg turut diimpikan oleh Sayyidina Abu Bakar dan Umar dengan membawanya lari? adakah dia meminang Fatimah ketika tidak membina kualiti diri?

kita pula, bgaimana kita menguruskan perasaan fitrah kita kepada si dia? adakah dengan jalan yg menghampiri fitnah atau dengan jalan yang menghampiri barakah?



Sabtu, 19 Februari 2011

Duhai Wanita~~~


aduhai wanita... sungguh mahal dirimu di mata lelaki... tetapi mengapa masih ada lagi yang tidak menyedari?
dirimu sungguh agung di mata lelaki dan terlalu mulia di sisi Penciptamu.. namun itu semua hanya jika kau tahu mengagungkan dan memuliakan dirimu sendiri...

menjadi wanita adalah satu anugerah yang paling indah.. seharum mana pun wangian kasturi tidak mampu menndingi wangian budi pekertimu,, lembutnya gumpalan kapas masih tewaas dek kelembutan tingkahmu.. halusnya butiran pasir yang menjadi peneman setia pantai masih tidak dapat menandingi halusnya tuturmu..

duhai wanita... sebenarnya maruah diri yang kau galas lebih berat daripada bongkah - bongkah batu yang besar.. kau menepis dengan penuh sabar setiap godaan nafsu dunia yang datang bertubi-tubi hingga hampir mengheretmu ke kancah yang penuh onak dan duri.. percayalah wanita,, akan ada kebahagiaan di akhir kesengsaraanmu asal saja kesabaran menjadi bentengmu..

wanita ku... terima sahaja cemuhan dan makian yang muncul berderu-deru ibarat halilintar yang singgah di cupingmu.. terima sahaja itu dengan senyuman dan ambil salahaja sebagai halwa telinga yang mengajarkanmu erti kesabaran.. itu sebenarnya dendangan sumbang dari bibir-
bibir sumbing yang ingin melihatmu tersungkur.. percayalah akan ada berita manis yang singgah di cupingmu suatu masa nanti asal saja gunung kesabaranmu tidak pernah kau tarah~

saudara wanita ku,, imanmu adalah perisai, agamamu adalah landasanmu di setiap langkah yang kau atur.. jangan sesekali kau biarkan anasir songsang memperkotak-katikkan imanmu apatah lagi agama yang kau kandung hanya kerana nikmat duniawi semata-mata...jngan kau gadaikan maruahmu yang tidak ada galang gantinya hnya kerana mengejar sesuatu yang tak mungkin bisa kau kendong~~

andai kata kau tersungkur,, segeralah bangkit dan sekiranya kau tersasar jauh dari landasan hidupmu, atur kembali langkahmu bersama titipan iman dan mulakan dengan langkah yang baru.. sedangkan Sang Jentayu yang kepatahan sayapnya masih bisa hidup bertongkat paruh apatah lagi kau yang dianugerahkan akal fikiran.. jgan bersedih wahai wanita~~ andai apa yang kau ingini tidak kau beroleh di dunia~ percayalah~ syurga itu sentiasa menantimu~

Sabtu, 29 Januari 2011

Biasa Tanda Istimewa~

manusia secara fitrahnya hanya akan merasakan sesuatu itu penting tatkala memerlukan atau sedang dalam kesusahan yang amat sangat~

akan tetapi kita lupa bahawa hidup ini ibarat sebuah cerita yang ada permulaan, pertengahan dan akan berakhir di hujungnya~

sebuah cerita yang tidak akan ada ulangan episod.. hnya ruang dan peluang untuk memperbetulkan plot seterusnya sahaja yang ditawarkan oleh Pencipta skripnya yakni Allah SWT yang Maha Esa~

kejadian alam yang indah dan sempurna sering kita pandang sepi sedangkan alam ini yang kita pinjam setiap waktu~ kita lupa bahawa setiap hari yang dilalui adalah hak Allah SWT dan kita hanya meminjamnya buat nelangsaikan amanah yg dipertanggungjawabkan~

tidak kira siapa kita siapa kita,, setiap yg dilakukan harus kerana Dia,, Tuhan pemilik sekalian alam.. mengingati Allah SWT seharusnya tidak susah~ menginsafi diri pula sepatutnya tidak sukar kerana Allah SWT mengiringi setiap langkah kita dengan peringatan yang berulang ganti~

"...Dan di antara tanda2 kekuasaanNya ialah penciptaan langit dan bumi dan beigtu juga berlain-lainan bahasa dan warna kulitmu. sesungguhnya pada yg demikian itu sebagai bahan renungan bagi org2 yang mengetahui..."
[Surah ar-Rum : 22]

selalunya, Allah SWT menghantar rahmatNya bersama hujan yg membasahi bumi tanpa mengira siapa yg taat, siapa yg ingkar~ kadang2, Allah SWT mengirim amaran melalui banjir tanpa mengasingkan siapa yg sujud, siapa yg angkuh~ sekali- sekala, Allah SWT mengutus balasan berwajah taufan, juga tnpa membezakan siapa yg setia dan siapa pula yang sombong.. ini semua kerana kita manusia diciptakan saling bergantungan dan harus bertanggungjawab sesama kita~

maka berDOAlah~ mudah-mudahan Allah SWT memelihara kita dari kelalaian dan kekhilafan sedangkan kita tanpa segan berjalan, berlari dan ada kalanya berjengket di atas muka bumi ini tanpa mengingatiNya,, hingga langkah itu boleh membuat kita tersungkur menyembah semula ke bumi~

..."sesungguhnya Allah SWT mencintai hamba-hambaNYa yg terus-terusan berdoa..."
[hadis riwayat Al- Auza'i]

Khamis, 27 Januari 2011

Kehebatan Syurga Berdasarkan Al-Quran



Kehebatan Syurga Berdasarkan Al-Quran | iluvislam.com + discover the beauty of islam


Sahabat Sejati

ku biar kalam berbicara menghurai maksudnya di jiwa~
agar mudah ku mengerti segala yang terjadi sudah suratan Illahi~
ku biarkan pena menulis meluahkan hasrat di hati~
agar terubat segala keresahan di jiwa xpernah ku ingini~

aku telah pun sedaya tak melukai hatimu~
mungkin sudah suratan hidupku~
kasih yang telah lama terjalin berderai bagaikan kaca~
oh TEMAN!!! MAAFKANLAH DIRIKU~~~

oh Tuhan!!
tunjukkan ku jalan untuk menempuhi dugaan ini

TEMAN! MAAFKAN jika ku melukaimu~
moga ikatan ukhuwah yg dibina~
ke akhirnya~~~

Ahad, 23 Januari 2011

SanTapaN aKaL~

kali pertama bumi ini diciptakan~
katanya bumi ini selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar pada paksinya~ perkara ini merunsingkan para malaikat, lalu para malaikat meghadap Allah SWT...

"wahai Rab Yang Maha Mengetahui , mengapa bumi ini bergoyang? "
tanya para malaikat.

"kerna belom dipaku."
jawab Allah singkat..

"lalu bagaimana Engkau memaku bumi wahai Rabb?"
tanya para malaikat lagi..

"aku akan menciptakan gunung-ganang."
Jawab Allah~

setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi.. apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakanNya gunung-ganang, bumi pun diam dan kemudian berputar sesuai paksinya~ maka kemudian gunung pun dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan Allah SWT~

paku merupakan benda keras yang diperbuat dari besi~ setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian, para malaikat pun bertanya lagi~

"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?"

"ada!" jawab Allah.. " iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi~"

"adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?" tanya malaikat lagi..

"ada! yakni air yang dapat memadamkan api. " jawab Allah lagi...

"jadi ya Rabb, adakah yang lebih kuat selain air?" sambung malaikat...

"ada! iaitu angin, yang keranya dapat membawa air ke mana pun ia menghembus.."

"tapi ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari semua itu (gunung, api, air angin)?"

"ada! iaitu nafas hambaKu yang berdoa kepadaKu.. kerna sesungguhnya DOA itu mampu mengubah takdirKU.." demikian Allah SWT menjelaskan~





Rabu, 19 Januari 2011

TaBaH

"kita hanya merancang dan Allah yang tentukan"

pastinya pepatah ini cukup sinonim dengan kehidupan seharian kita dan tidaklah menjadi masalah bagi sesiapa yang berpegang pada kata-kata ini untuk menerima suratan takdir meskippun hakikatnya sangat pahit...

mmg menjadi lumrah manusia sering kali melatah apabila berdepan dengan ujian, apatah lagi sekiranya sesuatu kejadian itu berlaku di luar dugaan sama sekali. hati mula b erkata bahawa semuanya tidak masuk akal. sedangkan kita lupa bahawa setiap sesuatu itu ada yang menguruskannya mengikut kehendak dan kasih sayangNya~

Allah Maha kaya dengan segala anugerah serta dengan nikmat yang tidak putus-putus diturunkan kepada semua hambaNya cuma percaturan Allah SWT sememangnya berbeza-beza mengikut kehendakNya Yang Maha Adil lagi Maha mengasihi. kita sebagai hamba, seharusnya akur dan redha serta percaya sepenuh hati bahawa ujian itu didatangkan dengan sejuta hikmah dan kita biasanya hanya menerima natijah setelah kita benar-benar pasti tentang apa yang kita sedang lalui. sesungguhnya,, Allah SWT itu tidak pernah kejam ke atas hamba-hambaNya tanpa mengira siapa kita~

"...Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..."
(surah al-Baqarah : 286)

musibah yang mungkin datang silih berganti sepatutnya dijadikan kayu pengukur kepada tahap iman dan taat kita terhadap Allah SWT. mungkinkah selama ini kita leka dalam menjalani kehidupan sebagai hamba yang mengaku beriman, tetapi amalnya jauh sekali~

setiap nikmat yang diberi Allah SWT kita hirup hingga titisan terakhir tanpa segan silu~
namun perintahNya yang tidak sezarah pun menjejaskan sosio kehidupan, kita abaikan dengan rela hati tanpa rasa bersalah.. memang benar kita insan lemah yang punya banyak kekurangan, akan tetapi mengapa kekebalan doa tidak diguna pakai bagi menangkis godaan dan hasutan mereka yang sesat lagi menyesatkan kita, agar terus patah serta jatuh apabila berhadapan dengan dugaan yang kadang-kadang mencabar kecekalan iman~

BERDOALAH wahai insan kerana itu sahaja SENJATA yang kita ada~
tanpa doa, kita mungkin akan tersasar jauh lantaran sifat lemah dan alpa~

"...Dan apabila manusia ditimpa bahaya, dia berdoa kepada Kami dalam keadaan baring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat) seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. begitulah orang-orang yang melampaui batas memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan..."
(surah Yunus :12)

Isnin, 17 Januari 2011

Bukan Aku Pilih Untuk Derhaka~

" kasih ibu membawa ke syurga,, kasih ayah kekal selamanya~"

saya sayang mak~ saya juga sayang ayah~

biarpun hakikat itu diketahui semua orang dalam hidupku, aku masih lagi belum puas mengucapkannya~

bukan sedikit air mata mak yang tumpah kerana karenah ku~
bukan sedikit keringat ayah yang menyimbah bumi untuk ku~

anak mana xsayang mak dan ayah~ biar sehitam mana pun arang yang pernah diconteng ke wajah insan bergelar mak dan ayah itu, saya percaya jauh di sudut hati si anak, merekalah ratu, merekalah raja~

cuma KEJAHILAN serta KEJUMUDAN iman, membataskan kewajaran c anak bertindak sehinggakan ada kalanya melanggar batas agama dan boleh jatuh ke hukum DERHAKA~

wanauzubillah~~

usah diungkit kisah si Tanggang, jangan disebut sejarah si Malin Kundang~
hati ini cukup gerun membayangkan betapa aku sebagai manusia biasa tidak akan pernah terkecuali daripada cubaan dan dugaan dalam melaksanakan amanah sebagai seorang anak perempuan~

setiap kali solat tertunai, setia aku panjatkan doa buat keduanya moga2 mereka sentiasa dirahmati dan dilindungi Yang Maha Esa~
sesungguhnya,,tiada siapa di dunia ini yang mampu menjaga mereka selain dari Allah Yang Sempurna~

Doa Untuk Kedua Ibu Bapa


bagaimana boleh aku lupuskan rasa kesalku yang tidak terhingga ini? berdosanya aku sebagai hambaNya dan lebih parah ternodanya aku sebagai seorang anak~

malu rasanya untuk aku mengaku kedua insan yang sudah lanjut dimamah usia itu sebagai ayah dan bondaku,, sedangkan mereka terlalu mulia untuk memiliki aku sebagai anak yang hanya tahu marah dan terluka~

bila dikenang kembali,, tak tertanggung rasanya sebak di dada~ mmg diakui pernah juga lontaran kasar nada suara dilontarkan terhadap mereka~ Allah!! betapa besarnya dosa yg ku lakukan~!!

aku MENYESAL!! bukan itu sebenarnya yang aku mahu lakukan terhadap mereka~
bukan kekasaran yang aku pilih untuk menangani dia~
apatah lagi bukan setiap waktu aku boleh bersama mak~
hanya bila ada kelapangan aku pulang.. sedang mak dan ayah setia menantiku dengan dada yang lapang~

"ampunkan saya,mak~ terlalu bebalkah jiwa mudaku ini hingga aku tidak bosan mengulang dosa terhadapmu,,mak??"

Doa Memohon Keampunan

Maksudnya: Mereka berdua merayu: 'Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya jadilah kami orang daripada orang yang rugi.'
(Surah al-A'raf: 23)

anak muda yang pada kebiasaanya berdarah panas, tidak akan lari daripada tersadung tingkah~ selalunya pertengkaranlah yang menjadi pilihan bagi menyelesaikan sesuatu isu~
setiap masnusia yang dilahirkan ke muka bumi ini secara tabiinya adalah seorang anak~
tidak terkecuali seorang pun kecuali Adam dan Hawa~

seharusnya ada batas pemikiran yang waras untuk kita membezakan bagaimana untuk melentur hati kedua insan mulia ini, agar kita terhindar dari melukai mereka~

siapa pun mereka di pentas dunia ini,,adalah urusan Allah~ kita sebagai anak tidak perlu meghukum mereka dengan segala derita yang tidak mereka pinta~

"keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa~
manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa"

tiadalah yang lebih bahagia bagi insan yang bergelar ibu atau ayah selain berbahagia di samping anak yang dikandung dan dibesarkan~

sebagaimana kita amanah Allah SWT kepada mereka, begitu jugalah mereka amanah dan tanggungjawab yang Maha Berat dari Allah SWT buat kita~
BERDOALAH selalu agar arah kita kembali terpandu tatkala iblis dan syaitan galak memainkan peranan masing-masing hingga kita hilang pertimbangan, bahawa IBU tidak sepatutnya kita KASARI dan AYAH tidak sepatutnya kita LUKAI~

"...dan Kami wajibkan manusia berbuat baik terhadap ibu bapanya~ ibunya yang telah mengandungkanya dan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal hingga akhir menyusukannya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun ( dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu dan ingatlah kepada Allah jua tempat kembali untuk menerima balasan..."
(surah Luqman : 14)

sudah terang lagi bersuluh~
tiada pilihan untuk kita berbuat cela terhadap ibu bapa~
tiada alasan menghalalkan kita untuk mengasari mereka~
tiada dalil megharuskan kita untuk membelakangi mereka~

"... Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah~ dan janganlah kamu sekutukan Diadengan sesuatu dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kadua ibu bapamu..."
(surah an-Nisaa : 36)



bila mak kata dia teringat,, kita jawab kita sibuk sangat~
bila ayah kata dia rindu,, kita jawab nantilah hujung minggu~
bila mak minta kita pulang,, kita jawab kita belum lapang~
bila ayah minta kita singgah,, kita jawab kerja belum sudah~

bila hati kia terguris, kita kata.. "mak xpernah faham."
bila hati kita terhiris, kita kata.. " ayah memang xambil kisah."

tetapi...

bila hati mak terguris, mak kata... " tak apa, dia masih muda."
bila hati ayah kita hiris, ayah kata..." tap mengapa, belum sampai akalnya."

bila kita menangis tanda lapas, mak berlari bagai hilang kaki~
bila kita merintih tanda hiba, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena~

bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal~
bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga~



Ahad, 9 Januari 2011

Teguhnya Pokok kerana Akar~


semalam sy belajar byk benda~

membuatkan sy terfikir~ terfikir ttg byk perkara~

sungguh!! KERJASAMA itu penting~

PERPADUAN juga penting~

program KARISMA mmg byk memberi saya pengisian yg sungguh mendalam~

dari situ sy nmpak~ teguhnya 1 pimpinan~ sukses nya 1 kumpulan~ terjalinnya 1 ikatan persaudaraan yg erat~

itulah dia semangat yg dibawa oleh KARISMA!!!

RAKAN SISWA HEBAT!!!

bak kata presiden nyer sendiri,, xkan berjaya pemimpin tanpa anak2 buah yg mantap~ :D

yezzzzaaaaa!!!!

"teguhnya pokok,, adalah kerana akarnya~"

Selasa, 4 Januari 2011

Untuk mu Sahabat~

wahai sahabatku~

bersyukurlah kamu dgn nikmat Allah~

takutlah kamu dgn azab dan seksaNYA~

sedarlah wahai sahabatku~~

sgala milikmu adalah pnjaman dari Allah~

manfaatkanlah sebaiknya~

jgn engkau terlalu bangga dgn apa yg engkau miliki~

krn kau hanyalah PEMINJAM~~

cinta~

begitu rmai kamu mngejar cinta dunia~

fikirlah wahai sahabat~

apakah yg akn kau dapat dgn cinta dunia??

kelukaan? kekecewaan? atau hanya sedikit kebahagiaan??

mengapakah tidak kau kejar cinta NYA yg teragung?

sedangkan kau akan peroleh kebahagiaan yg hakiki dari nya~

serahkan lah hatimu sepenuhnya utk Allah~

cintailah DIA yg mencintaimu~

sayangilah Dia yg menyayangimu~

wahai sahabatku~~

jgnlah tutupkan matamu dgn dosa yg engkau lakukan~

bukalah hatimu utk berhijrah~

bukalah tganmu utk menerima~

bukalah kakimu utk melangkah~

bukalah telingamu utk mendengar~

tinggalkanlah kemungkaran yg sedang engkau lakukan~

kejarlah maaruf yg sedang engkau tinggalkan~

sesungguhnya hidupmu bukanlah selamanya~

entah esok atau lusa,,

KEKASIHMU akan memanggilmu utk menghadapNYA~

utk dibuat perhitungan ats "kecurangan" yg tlh engaku lakukan terhadapNYA~

atau "kesetiaan" yg tlh engaku curahkan seikhlasmu~

wahai sahabat,,

aku juga manusia~

aku juga punya nafsu~

aku juga punya hati dan perasaan~

namun,, berdirilah di sampingku,,sahabat~

kita sama2 menepis segala godaan dunia~

yg mmpu merosakkan hati kita~

"cinta ini kulabuhkan hanya padaMU"

Allahu Akbar~

Isnin, 3 Januari 2011

Sahabat Yang Ku Kasihi~


pertemuan telah ditakdirkan~
antara kita tidak pernah dirancangkan~
manalah takdir hendak dilawan~
semuanya ketentuan Tuhan~

wahai sahabat sematkan semua kenangan~
yang telah bersama2 kita lalui~
suka dan duka memburu impian~
moga teguhnya ikatan ini~

sahabat~~~
yang amat ku kasihi~
susah senang kau disampingku~
kehadiran dikau di sisi~
mengubat sepi di hatiku~

wahai sahabat sematkan semua kenangan~
yang telah bersama2 kita lalui~
suka dan duka memburu impian~
moga teguhnya ikatan ini~

sahabat~~~
yang amat ku cintai~
susah senang kau disampingku~
walau kini hilang di mata~
namun kau tetap di hatiku~

oh~~
sahabat~~ bertuahnya ku rasa~
mendapat teman sepertimu~
membimbing menasihatiku~
hanya 1 dalam beribu~~
ohhh~~ ohhhh~~~

sahabat~~~
yang amat ku kasihi~
susah senang kau disampingku~
kehadiran dikau di sisi~
mengubat sepi di hatiku~

namun kini hanyalah tinggal kenangan~
pertemuan kita dilamar perpisahan~
kemesraan bermekar di akhir perkenalan~
sayu menitiskan air mataku~~