Sabtu, 29 Januari 2011

Biasa Tanda Istimewa~

manusia secara fitrahnya hanya akan merasakan sesuatu itu penting tatkala memerlukan atau sedang dalam kesusahan yang amat sangat~

akan tetapi kita lupa bahawa hidup ini ibarat sebuah cerita yang ada permulaan, pertengahan dan akan berakhir di hujungnya~

sebuah cerita yang tidak akan ada ulangan episod.. hnya ruang dan peluang untuk memperbetulkan plot seterusnya sahaja yang ditawarkan oleh Pencipta skripnya yakni Allah SWT yang Maha Esa~

kejadian alam yang indah dan sempurna sering kita pandang sepi sedangkan alam ini yang kita pinjam setiap waktu~ kita lupa bahawa setiap hari yang dilalui adalah hak Allah SWT dan kita hanya meminjamnya buat nelangsaikan amanah yg dipertanggungjawabkan~

tidak kira siapa kita siapa kita,, setiap yg dilakukan harus kerana Dia,, Tuhan pemilik sekalian alam.. mengingati Allah SWT seharusnya tidak susah~ menginsafi diri pula sepatutnya tidak sukar kerana Allah SWT mengiringi setiap langkah kita dengan peringatan yang berulang ganti~

"...Dan di antara tanda2 kekuasaanNya ialah penciptaan langit dan bumi dan beigtu juga berlain-lainan bahasa dan warna kulitmu. sesungguhnya pada yg demikian itu sebagai bahan renungan bagi org2 yang mengetahui..."
[Surah ar-Rum : 22]

selalunya, Allah SWT menghantar rahmatNya bersama hujan yg membasahi bumi tanpa mengira siapa yg taat, siapa yg ingkar~ kadang2, Allah SWT mengirim amaran melalui banjir tanpa mengasingkan siapa yg sujud, siapa yg angkuh~ sekali- sekala, Allah SWT mengutus balasan berwajah taufan, juga tnpa membezakan siapa yg setia dan siapa pula yang sombong.. ini semua kerana kita manusia diciptakan saling bergantungan dan harus bertanggungjawab sesama kita~

maka berDOAlah~ mudah-mudahan Allah SWT memelihara kita dari kelalaian dan kekhilafan sedangkan kita tanpa segan berjalan, berlari dan ada kalanya berjengket di atas muka bumi ini tanpa mengingatiNya,, hingga langkah itu boleh membuat kita tersungkur menyembah semula ke bumi~

..."sesungguhnya Allah SWT mencintai hamba-hambaNYa yg terus-terusan berdoa..."
[hadis riwayat Al- Auza'i]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan