Rabu, 26 Oktober 2016

Trip to Jogjakarta 2016

26 September 2016 

 Aku, Rose dan Kak Ain gerak awal dari rumah.. jam 4.30 pagi dah ke KLIA dah. Sampai di KLIA 2 jam 6.30pagi gitula. Sebab Daus pun bawa slow je. Yelah kan pagi2 dah dapat amanah dari mak aku supaya jangan bawa lelaju. Sampai di Airport, masing2 terpinga juga lah nak pergi ke mana satu dulu. Tengah2 terpinga tu, boleh pulak beg sandang aku terjatuh tergolek sekali dengan gula-gula bersepah di tengah2 KLIA tuh. Adoi malu bangat sih.. takleh blah rose n kak ain buat xtau je masing2 malu ngan perangai aku. Hahaha.. Then xlama pastu imigresen buka pintu n ktorg pun masuk la.. masing2 pengalaman pertama so agak kebingungan jugak. So bila sampai tempat scan beg, xmemasal shampoo rambut 1 botol aku kena buang. Hahaha.. nasib la nak.. membazir je.. tak tau plak xleh bawa liquid naik atas tuh. Salu filght dlm Malaysia ok je kan? Ke aku yang tak perasan? Huhu. Entah la.. ape lagi rose start la membebel. Lagi pulak kitorg duduk betul2 kat depan tempat diorang membuang sume barang rampasan. Mmg xberenti la rose membebel. Syaitonnirrajim sungguh mereka tu membazir. Hahaha. Lama jugak la kami menunggu.. yelah kan sampai awal. So aku sempat la tido. Then tiba masanya naik flight. Lapa.. aduh tergoda sungguh dengan bau nasi lemaknya. Tapi kan disebabkan nak jimat, tahan jela.. tido je la yang mampu. 2 jam setengah mmg diisi dengan tidur dan mmpi je.. 

 Sampai di Airport Adisucipto, jejak kaki ke tanah. Subhanallah, hanya Allah yang tau perasaan teruja ni. Ape lagi ktorg pun start la bergambar, 
Time2 camni sebenarnya kami dah kena halau dengan pekerja airport tu. Sabarin dulu ya mas. Kami lagi foto2 nih. haha..

Hmm.. nervous pulak nak jumpa ngan supir. Katanya dia akan bawa tulisan “Ms.Atiqah”. ok now kite jalan je. Cari tulisan nama tu sampai jumpa. Masa kat luar tu ramai gak la yang menawarkan perkhidmatan taksi. Jalan lagi.. straight. Ok dah Nampak dah. Bukan Mas Heru yang datang. Dia hantar staff nya.. bang Rudy. Xpelah. Asalkan ade supir yang boleh bawakan kite. Bang rudy Tanya nak ke mana dulu makan ke atau prambanan. Memandangkan perut tersangatlah lapar, so kitorg pilih untuk makan dulu. Jejak ke kaki di Jogja tu, first thing in our mind is, nak cari sim card. Maklumlah Malaysian kate ko memang xleh nak hidup tanpa internet. Dah pesan dah kat bang rudy minta tlg bawa kan kami cari sim card. Tapi entah la borak punya borak agaknya dia sampai terlupa. 

Haa tu dia Bang Rudi. Berbudi bahasa dan punctual orangnya.

Dibawanya kami ke restoran eksklusif kate ko.. Bengong nama restoran tuh.. wuhuu.. takut la jugak tengok harganya sume ribu2 je kan.. last2 kami pilih untuk makan nasi telur je. Ingatkan nasi dengan telur mata.. rupanya mcm nasi goreng pattaya. Haha.. tapi kan air the kat sini ade pelbagai rase. Sebabnya kak ain order teh o ais.. sekali rasa teh jasmine la plak. Haha.. then, kami ke kaunter bayaran untuk membayar. Ternyata pengalaman pertama di Bale Bengong tu dah kena tipu. Boleh pulak dia caj air the o ais tu sampai 2. 
Ni la restoran Bale Bengong tu...

Belek2 SJ cam sementara tunggu order sampai.

Wuhuu. Ok next kami ke prambanan. Bang rudy bawa n parking je. Mungkin x fhm kot ape yang dia duk bebelkan pasal cara masuk ke prambanan tuh, so kitorg ni terus je la masuk melalui pintu antarabangsa. Haha.. so dapatlah harga tiket yang tersangat lah mahal RM78 duit Malaysia tau.. wuwuwu.. sabo je la.. xde ape sgt kt prambanan. Just candi. Panas terik waktu tu. So xdela byk sgt gmbr yg diambil sbb masing2 dh keletihan dari jam 4 pagi bangun belum rehat lagi. Yang xleh blah nya kat prambanan tu dahla tekak tengah2 haus ni.. terjumpa plak makcik jual air dlam longkang. Adeh. Takut nak beli. Last2 tahan je la dahaga ni dari membeli air kt makcik longkang tuh. Jalan nak keluar taknak plak jauh.. berpusing.. melalui penjual2 cenderamata. Banyak jugak barang yang mereka jual sebagai cenderamata. Boleh kata murah la. Kami tak decide pun nak beli ape2 kat tempat jual cenderahati tu sume. Maklumlah kan first day, otak ni belum set lagi untuk shoping. Haa.. aku kalau dah set otak ni shoping on the last day, makanya mmg last day lah baru nak shoping. 

Candi Prambanan

Peace!

Tinggi gak nak panjat tuh..

Di kala mentari menyinari Prambanan

 Ok next bang rudi bawa kami ke ratu boko. Untuk liat sunset katanya. Aku duk depan masa tu. Tapi aku ni jenis yang agak susah nak faham kalau slang yang pepelik nih. So amek beberapa minit gak la nak masuk otak kalau bang rudi ni menyembang. Iye iye kana je sume tapi bukan faham sangat pon. Hahaha.. nasib la nakkk… len kali sebelum nak ke indon, pastikan ko layan dulu sinetron beberapa minggu. Haa so mudah sikit kerja ko tuh. Haa ratu boko mmg cantik.. cantik tersangat lah cantik.. luas.. view menarik. Banyak tempat kt ratu boko tu kami jelajah. Ade gua katanya berbentuk alat kelamin lelaki dan perempuan. Haha.. pegi jugak la tengok.. teringin kan.. tapi xde pulak. Masa tu dunia ibarat kami yang punya. Selfie tak hengat kate ko. Hilang segala keletihan kepenatan bangun 4 pagi. Mmg tersangat la cantik. Ok jam dah menunjukkan 5.30. mentari mula menurunkan dirinya. sunset nya tak berapa nak Nampak sebab dilitupi awan mendung.. eh jap. Nak cite yang jam kat jogja ni awal sejam tau. So, jam 5.30 jogja dah gelap dah.. huhu.. memula tu agak confius la jugak nak faham waktu dia. Tengok dah gelap sungguh tapi padahal baru je kul 6 ptg.. huhu.. 

Here we go. Tiket nya udah di beli ya. 

Kami bertiga di Ratu Boko

Matahari memancar di kala ini..

Indah nya tasik di sini.

Sememangnya Jogja terkenal sebagai Kota Warisan

Sunset yang indah




Ok then lepas ratu boko, pe lagi, balik ke hotel la. Cek in. keletihan dah masing2 xlarat. Ktorg menginap di The cabin Hotel. Sampai je kat situ, staff nya memang sangat peramah kate ko. Seronok la letih2 pun xrasa letih dibuatnya. Sementara nak tunggu dia key in dalam system, dia jamu kan kami dengan welcome drink.. air teh o yang sejuk.. wah dalam keletihan, dapat pulak air teh o ais, ape lagi.. terus la minum. Sekali rase dia rase halia pekat.. adoiii.. nak termuntah dibuatnya.. huhu.. xpela.. xjadi je la minum.. maafkan kami ye. Bukan kami taknak minum tapi tekak ni xleh terima. Best nya kan staff dia tolong bawa kan beg ktorg tau sampai la ke tingkat atas. Sebab kami dapat bilik kat tingkat 3. So dia la yang tolong bawakan beg kami yang berat tuh. Huhu. Terbaik la hotel ni. Padahal bajet hotel je pun. Ok dah. Naik bilik merehatkan diri untuk esok nya. Esok nya kami akan ke pantai timang. Dalam hati memasing xsabar dah nak ke pantai timang.. wuwuwu.. Pada malam tu kami ni mengira2 la duit berapa yang tinggal. Sekali kau duit tinggal rm200 lebih je. Mak aii bawa rm700 tinggal rm200 lebih dah. Huhu.. memasing dah risau. So kami nekad esoknya tak payah makan. Kena jimat. Xyah naik gondola. Hmm.. ok kita tengok samada plan ktorg menjadi ke x. then kami pun terbongkang la tido. Ros kate nye xleh tido sebab aku berdengkur kuat giler. Hahaha.. mungkin kepenatan kan. Nasib la ye rose. Bertabahlah telinga anda,. 

27 September 2016 

Ok ceritanya bersambung pada hari ke dua. Kami ke pantai timang. Ehem. Nak cerita pasal pantai timang ni, menggigil rase jari ni.. hahaha. Ok.. macam ni.. bang rudy tu drive la bawa kan kami ke pantai timang tu. Tengah drive tu, dia kata la nanti dia akan berhentikan kereta kat rumah lobster. Then untuk ke pantai timang kena naik ojek. Ojek tu motor kata nya.. oh ok kami ingatkan kena bawa sendiri motor tu sebab ingatkan jalan nya Cuma berbatu biasa. Dah sampai rumah lobster yang dikatakannya. Tengok lobster. Wah besar. Dia pun cakap la yang dia akan masak lobster tu, ktorg makan. Dan harganya Cuma 150ribu. Xtau la nak tolak ke x. tengok plak dia gendong anak rase mcm kesian pulak. So ktorg decide untuk terima je pelawaan dia. Mati2 ktorg ingtkn 150 ribu tu bahagi dengan 3 orang. Sbb ktorg dh Tanya 150 ribu tu untuk 3 org ke. Dia kata ye cukup utk 3 orang masakannya. Pas balik dr pantai timang, makanan sedia katanya. Ok lah gitu kite tunggu la ojek nya sampai. Kejap lagi je sampai kata nya. 

Haa..Lobster yang akan menjadi hidangan kami.

Berani pegang yang dah mati je.. huhu

Sampai2 je ojek tu, mak ai dia punya moto.. menakutkan. Org yang bawa moto pun menakutkan.. hahaha.. adoi aku dah kecut perut nih. Kena bonceng ke? Iye? Alamak. Aku mane pernah bonceng moto dengan lelaki yang aku tak kenal. Uhh sudah.. terpaksa? Ye mestila terpksa. Uh.. aku pilih moto yang aku rasa yakin sikit.. orang yang bawa aku tu pakai jaket n pakai cap. So senang la aku pegang jaket dia.. hurm. Bermulalah perjalanan kami ke pantai timang dengan membonceng moto. Hmm.. pada mulanya jalan dia ok.. Cuma curam2.. then, alamak! Ade batu2 karang di depan. Kena redah jugak ke? Eh xsempat nak jawab soalan, dengan lajunya moto tersebut meredah jalan berbatu karang tersebut. Melambung2 aku dibuatnya. Dengan jalan yang licin. Adeh. Lutut aku dah menggigil waktu tu. Xnak laju plak dia bawak. Hm.. adeh adeh. Sakit. Jantung pun sakit. Melambung dan melambung,. Dalam hati aku dah menyumpah2 dah bang rudy. Mmg kurang ajar betul orang tua tu xbagitau pun tempat nya seteruk ni. Memang tobat nasuha aku takkan pergi lagi. Ni kang nak balik ni camana la. Adoi. Bengong betul la. Sakit ati aku. Xnak jauh plak perjalanan dia. Melalui lecak2 sume. Heh. Geram betul. Akhirnya, sampai juga ke pantai timang. Tapi mulut ni xhabis lagi menyumpah pasal jalan tadi. So keindahan pemandangan pantai timang tu masih xmampu nak padamkan sumpahan tu. Hahaha. Terduduk aku terdiam masih mengenangkan perjalanan tadi. Gigil lutut masih xhilang lagi. Huh.. view pantai timang mmg cantik. Macam xpercaya je aku dah jejakkan kaki ke situ. Omaigad. Hahaha. Tapi jgn harap la aku dah boleh lupekan jalan yang hamper meragut nyawa aku tadi.. huhu. Tengok gondola. Disebabkan jalan tadi dah meninggalkan kesan buruk dalam hidup aku, so aku takde terasa langsung nak naik gondola tuh. Huh. So ktorg duduk je la kat tepi batu2an tu menikmati keindahan ciptaan Tuhan. Hmm.. tengah2 duduk ni pun dok terfikir lagi mcam mana la nak balik kang. Macam dah xsanggup je nak naik ojek tu lagi.. bebetul serik dah aku ni.. dahla perjalanan balik kang banyak yang curam menaik. Hmm.. lama jugak la kami duduk2 di situ mengenangkan nasib kena naik ojek lagi. 

Tengoklah keindahan pantai timang ni. Macam xcaya je berjaya jugak sampai ke sini. 

Ombak dia kuat giler, So xyah nak bajet2 nak mandi kat pantai ni ye.

Kami bertiga tak naik pun gondola tu. Memasing masih ketaq lutut.

Ok dah tiba masa untuk balik. Aku dengan kak ain ni dah decide dah nak jalan kaki je. So pegi la cakap kat bang rudy nak jalan kaki je. Bang rudy pun buat muka slumber dia. Katanya jauh tuh. Nanti jam berapa la nak sampai. Makcik kt warung tu pulak menyampuk. Ya iya lah jauh tu. Nanti kamu kecapekan nanti. Bukan dekat. Gak apa2 lah. Jalannya aman aja naik ojek. Minta la dibawa pelan aja. Nyaman kok. Adeh. Dah berbelah bagi plak. Mmg betul pun jalannya tersangat lah jauh. Kalau jalan kaki mau makan 2 jam. Hmm.. ok x pelah. Naik je la ojek tuh. Waktu ni Allah je yang tau perasaan aku. Semput rasa nak pengsan sume ade. Ok aku naik.. ojek yang sama. Aku naik dan aku pegang kuat jaket dia. Aku tau banyak jalan menaik. Kalau aku xpegang bebetul mau aku tergelincir ke belakang. Malu siot nanti kalau jatuh. So dia pun bawa la aku. Time nak naik curam tu, boleh plak dia baru nak tukar gear. Aku pun kate “eh eh. Boleh naik x ni.” Dalam hati aku tau la aku berat. Huhu.. dia kata iya bisa kak. Huhu.. yela2 aku percayakan ko. Aku pegang je jaket dia. Ni kalau aku jatuh, aku tarik je ko jatuh sekali. Takkan aku nak jatuh sorg2 kot kan. Hahaha.. fuh.. penyiksaan berakhir bila sesampai nya kami di rumah lobster tuh. 

Haa.. masa untuk menjamu selera. Tak sabarnya. Huhu.. sampai dah lobster nya. Memang Nampak sedap. Bismillah.. kami menikmati lunch tengahri tu mkn lobster. Mmg sedap giler la.. menu nya lobster masak ape ntah, pastu sambal tumis, sambal tempe(menu wajib), dan ulam2an.. nnyum.. puas hati.. urrkkk.. kenyang.. 
Siap untuk menjamu selera. Terbaik kate ko dia punya masakan!

Kami dah siap2 asingkan dah duitnya untuk bayar ojek dan makanan. Hmm.. sekali time nak bayar, rupanya kami salah faham ke salah dengar ke xtau la. Ingtkan ojek Cuma 12ribu. Rupa2nya 14ribu. Yang makan lagi la ingatkan 50ribu per orang. Sebab kan 150ribu bahagi 3. Sekali amek kau rupanya 150ribu tu per orang tau. Wuhu.. adoi. Sabo je la.. habeh kopak dah duit kami. Hahhaa.. lagi sekali kena tipu.adoi,, papa kedana dah la.. pening pale den. Huhu.. kenangan sungguh la kat pantai timang tuh.. fuh..penat gak otak ni bercerita pasal pantai timang tuh. Yela kan sebab terbayangkan sekali pengalaman tu. Masih segar deh di ingatan nih. Ok done untuk pantai timang. 

Next kami ke puncak kosakora. Mungkin bang rudy jarang kot ke situ jadi dia xberapa nak tau sangat jalan nya. Banyak kali berhenti Tanya orang. Nape la xbgtau xtau jalan. Boleh je kite tlg waze kan. Huhu. Ok dah sampai dah ke bukit kosakora. Bang rudy parking kan kereta. Kali ni dia ngikut kami. Menyelusuri perjalanan berbukit bukau untuk ke bukit tu. Meredah hutan belantara. Hehe.. ibarat macam dia bodyguard kami la. Hahaha.. kesian pon ade tengok dia. Dah la dia pakai selipar je. Aku,rose dan kak ain pun memulakan la perjalanan dengan berjalan kaki. Ok. Sampai dah bukit kosakora nya. Ops.. mak kau tinggi tuu nak kena panjat. Huhu.. memula macam dah penat xnak naik. Tapi kak ain pulak yang mengajak. So kalau dah dia ngajak, pe lagi, kite naik je la.. huhu. Ok then kite pun memanjat la. Nak tercabut gak la kaki dibuatnya. Kak ain merah2 muka dia. Katanya dah putus asa,. Tapi sikit je lagi nak sampai. Waaahh akhirnya kami tiba di puncak. Macam mimpi dah sampai ke puncak. Omg view dia tersangat la cantek. Dengan bang rudy sekali kau naik atas tu. Hahaha. Eh, ternampak plak ade gerai kat ats bukit ni?? Biar betul makcik ni berniaga kat atas bukit kosakora ni?? Gerai nyata ke gerai x nyata ni? Hahaha. Tapi memang hebat la makcik ni boleh panjat rilex je bukit tu n meniaga kat atas tuh. Huhu.. sampai kat atas, kami rilex jap. Tido. Bertemankan angin sepoi2 bahasa. Menikmati keindahan alam dan ciptaan Tuhan. Hmm.. indah dan nyaman. Xlama lepas tu ade lagi beberapa kumpulan orang naik jugak. N kami pun start la mengundurkan diri. Turun.. dan tempat seterusnya adalah pantai pok tunggal. 

Starting point untuk hiking.

wahh. Sampai dah puncak..


Ok perjalanan ke pantai pok tunggal ni pun boleh tahan jugak. Tapi bang rudy redah je naik kereta avanza dia tuh. Huhu.. mungkin dalam hati dia berkata bebudak ni punya pasal la aku terpaksa redah jalan yang macam ni. Huhu. Ok dah sampai pantai pok tunggal. So ape lagi. Kami pun cari la pokok yang macam dalam gambar tuh. Eh,, xde? Betul ke ni pantai pok tunggal? Mane pergi pokok yang mcam dalam gambar tu? Kata bang rudy, iya mungkin pokok nya udah ditebang barangkali.? Em? Mungkin betul jugak kan? Logic jugak tuh. Huhu. Ok xpela.. rilex2 kejap kat pantai tu. Bergambar sana sini. Then baru perasan mmg ade 1 pokok yang dah ditebang sikit dan rupa nya mmg macam pokok yang dalam gambar tuh. Hahahahaha… ya emang benaran kata kamu tu bang rudy. Adoi sabo je la. Hmm.. sayu hati sebenarnya bila menulis tentang memori di Jogja nih. Tangan dan hati seiring. Terkenang. Kenapa mesti aku yang menjadi mangsa kerinduannya? Ok xpelah kite continue ye. Lepas habes pantai pok tunggal tu, kami pun balik la ke bilik. Keletihan memasing. Yela kan naik ojek la. Panjat kosakora la. Huhu. Tapi mmg kenangan naik ojek tu takkan lupe la.

Merenung keindahan ciptaan Allah

Haa. ni la dia pokok tunggal yang dah di tebang separuh tu. gigih..

Ok next day. 28 September 2016 Hari rabu. 

Kami ke Gunung Merapi then ke Borobudur then ke Kalibiru. Hmm..pagi tu plan nak bawa breakfast free untuk dimakan waktu lunch. So kami pun bawa je la bfast tuh sekali. Yela kan dah papa kedana. So kena la berjimat sikit. Sebab kan mmg excited nak ke Merapi. Dari jauh je mmg dah Nampak betapa indahnya Gunung Merapi tuh. Kami ke sana dan akan menaiki jeep untuk menyelusuri jalan2 di kaki gunung Merapi. Harga jeep tu 450k untuk per jeep. Wuu.. kalau duit Malaysia rm111 gitu la.. so kami gagahi jua untuk menaiki jeep. Haa kau bergoncang dunia naik jeep tuh. Segala tulang bergegar rase nye. Kena goncang ngn jeep tuh. Tapi ape pun puas hati la.. kami dapat melawat ke rumah tinggal yang menjadi mangsa bencana volcanoes tuh. Macam2 ade. Tv, jam, periuk belanga, pinggan mangkuk sume cair disebabkan larva tuh sume. Sedih tengok. Xdapat nak bayangkan masa kejadian. Rangka lembu yang terkorban pun ade. Kata pakcik yang bawa kan jeep tu, letusan akan datang dijangka pada 2020. Huu.. seram dengar. Ok then kami ke batu alien. Batu tu berbentuk kepala orang. Dari situ view puncak gunung merapi mmg cantik sangat. Pakcik jeep tu plak dah macam fotografer. Hebat betul dia amek gambar. Huhu. Siap suruh ktorg lompat2 lagi.. haha.. lucu. Dia pulak yang over amek gambar. Tapi terbaik la dia. Ok then kami ke bungker kaliadem pulak. Tu adalah tempat kecemasan bagi mangsa letusan gunung merapi tu. Tapi pada tahun 2006 kat situ pernah ade yang terkorban. Sebab bungker tu Cuma boleh tahan awan panas. Tapi xboleh tahan dari material yang keluar mengalir dari gunung merapi. Dan disebabkan tu la pernah ada 2 mangsa yang terkorban dalam tu. 1 kat bahagian ruang depan and 1 lagi kat dalam bilik air. Dia ditemui dalam keadaan daging yang dan merebus. (Allahuakbar) luluh jantung dengar. Tu adalah cekpoint yang terakhir then kami di bawa pulang ke starting point. Hmm.. puas hati.. tengok bang rudy. Kesian dia mesti kebosanan. 

Jeep ready dah nak bawa kami.

Ha ni jam masa kejadian tu. 5 Nov 2010 Tepat 12.15 pm waktu Jogja

Rumah yang jadi mangsa

Indahnya Gunung Merapi kat belakang tuu.

Ni Batu Alien tu.

Ok pastu kan sepatutnya g makan lunch. Tapi kan dah xmenyabor sangat nak ke Borobudur tu, so redah je la ke Borobudur dengan perut lapar nya, masuk angin nya. Dahla nak kena memanjat taknak tinggi plak tempat dia. Huhu.. mmg naik kepala la angin tu. Kat Borobudur terjumpa berbagai jenis manusia. Haha. Bercinta taknormal pon ade. Pe lagi rose n kak ain bam membebel2 je depan mereka. Risau plak aku ni ha. Dah ler kat tempat orang. Wuwu.. ok then kami terus mendaki2 hinggalah sampai ke puncak nya. Wah hebat sungguh permandangan. Nampak gunung merapi dari Borobudur. Hmm.. xterungkap dengan kata2 betapa hebatnya ciptaan Allah. Borobudur tu adalah candi Hindu Budha. Kami bukanlah berbangga dengan kehebatan candi tu Cuma teruja tengok mereka mengukir batu tu dengan kreatif nya sekali. Lama la jugak kami di atas tu menikmati pemandangan alam. Sebabkan tinggi, jadi kami boleh lihat pemandangan ke Gunung Merapi tu secara terus. Ok dah puas dah bergambar. Ber boomerang. Haha. Ada beberapa mangsa yang menjadi boomerang kak ain. Huhu. Sabor je la.. memasing dah macam orang giler kat atas tuh. 

Wah nampak dah Borobudur

Selfie tak hengat donia

Haa tinggi tau kami panjat

Indahnya permandangan dari atas ni. 

Ok kami dah turun.



Ok then, kami ke Kalibiru. Ok.. kalibiru ni sangat teruja. Korang sendiri pun boleh tengok kan pemandangan alam dari Kalibiru tuh. Ok so kami teruskan perjalanan ke sana. Hmm.. hebat juga perjalanannya. Jalannya yang sempit. Terlalu sempit. Hanya muat 1 kereta. Ade guard yang menjaga di sisi jalan untuk passkan mesej tentang laluan kereta yang akan naik atau turun. Aku ni dah rasa nak muntah dah. Punyalah menakutkan jalannya. Bengkok membengkok. Dengan gaung yang lumayan dalamnya bak kata bang rudy. Hahaha.. aku tutup mata. Nak muntah dah. Ade 3 stage katanya bang rudy. Huhuhu.. ok dah sampai ke atas. Dia parking. Aduh. Nak ke pintu masuk nya punyalah curam jalan. Jalan kaki. Rase nak terjatuh pun ade gak ni. Huh.. mmg mencabar sungguh la perjalanan tu. Punya lah nak sangat tengok pemandangan kan. Dahla dengan perut kosong nya. Xmakan pape pun lagi. Mmg naik ke kepala. Fuuhh.. ok dah sampai.. tinggal kami nak cari spot untuk bergambar. Kebanyakan spot nya dah tutup sebab kami pun sampai dah lewat. Bang rudy kata kul 3 dah tutup dah. Hmm.. tapi spot nya sume boleh tahan menakutkan untuk panjat ke atas tuh. Naik tangga buloh yang tersangat lah tinggi. Hmm.. terfikir2 jugak mampu ke nak naik nih. Tapi kalau x naik, rugi la datang dari jauh kan. Kami cari spot love. Huu nasib baik masih buka. Kami yang terakhir. Tiket masuk nya 10ribu per orang. And kalau nak tangkap gambar plak 40ribu per orang. Huhu.. tapi berbaloi la. Memang tersangat cantik view dia. Masa nak panjat tum mg ketaq la lutut. Menggigil kate ko. Tuhan je yang tau. Boleh plak fotografer tu suruh men lompat2 kat atas tu. Mmg x la kan.. gigil lutut aku pun x hilang lagi. Huhu. Ok gambar nya ada di lampiran. 

Indahnya alam terbentang luas

Thanks ya Bang Rudi sebab sudi amekkan gambar kami.

Ni kami berdua je naik.

Ni memang muka tak semenggah. Sume gara2 Bang Rudi.

Muka aku la yang paling teruk kat situ. 

Menjadi pun bersama Bang Rudi nya. Kemain Peacee yo!

Kat kalibiru ni agak gile2 sikit. Bang rudy pun ikut sekali naik. So amek la kesempatan bergambar dengan dia. Pelik plak monopod rose tu jem setiap kali nak tangkap gambar same2 ngn bang rudy. So jadi la gambar yang muke aku buruk. Hahaha.memasing giler. Banyak betul gelaknya. Teruk.. huhu. Ok kami dah terasa sangat2 la lapar. Memula plan nak ke mcD xjadi. Sebab dah Nampak mi ayam kat tepi jalan tu dah macam mcD dah. Huhu. So kami minta bang rudy berhentikan kami kat mane2 yang boleh makan mi ayam. First time rase mi ayam. Fuu.. enak banget sih. Gak tau la samada masa itu sedang kelaparan atau mi ayam tu memang enak. Hahaha. Hmm.. ajak la bang rudy ni makan sekali. Kesian tengok dia. Xtau kenapa aku banyak kesian kat dia. Aku bayarkan makanannya. Nampak la yang dia lapar. Hehe.. bocor kata nya. Ok selesai makan, kami balik. Memasing dah x larat. Kecapekan. Huhu. Kalau masih baru2 kat sini, memang akan confuse sikit sebab sini awal giler gelap. Kul 5.30 dah gelap dah. Huhu. So kul 9 mlm gitu dah terasa mcm kul 12 malam.


Ok next day adalah ke hutan pinus, pantai parangtritis dan gumuk pasir. Tempat2 yang ktorg pergi ni, dia punya jalan ya amat hebat sungguh. Sume nye memeningkan kepala tau. Mau termuntah dibuatnya. Huhu. Ok sesampainya di hutan pinus, terserempak pulak dengan mas heru nya. Dia membawa sekumpulan jejaka dari Malaysia yang sama flight kami waktu pergi hari tu. Huhu. Xsangka kan bumi ni kecik je. Kat situ, mas heru kata esok dia bawa kan kami. Alamak. Bermakna hari ni adalah hari terakhir sama bang rudy?? Oh tidaakk.. sedih banget sih. Bang rudy nya terlalu la baikkk.. sporting… humble.. kami selesa dengan bang rudy. Tersangat la berlemah lembut. Ok xpe la. Nak buat mcm mana dah mas heru kata esok dia yang akan bawa kan kami. Hmm.. ok jom kita menikmati alam hutan pinus. Indahnya pokok2 disitu. Hebat ciptaanNya. Ape lagi memang gila2 la kami waktu tu. Heboh dengan video janam2 nya la. Hahaha. Melayankan aje perasaan nya. Masa ni dah start terasa rindunya pada Jogja. Yela kan esoknya nak balik dah. Risau sume ade sebab hati ni masih belum bersedia. Hmm.. ok xpe kite letak tepi dulu perasaan gundah ni. Kita nikmati dlu permandangan indah di depan mata. Banyak juga gmbar kenangannya. Di buaian la, memanjat tempat tinggi tu la. Hmm.. indah kenangan tu.

Gigih memanjat semata-mata gambar punya pasal.

Melayankan aje

Tinggi ye pokok Pine di sini


Ok then kami ke parangtritis. Panas nya la cuaca hari ni. Terik. Lagi pulak ke pantai.. memang membakar kulit laaa…. Kat parangtritis ade kereta kuda. Ade juga foto terus jadi. Oleh kerana memang giler bergambar, makanya beli juga la gambar kami di parangtritis tuh. Murah je 10ribu per keping kalau x silap.

Haa bayangkan tetengah panas gini begambor. Selalu kat PD hairan tengok mereka yang ke pantai tetengah hari retak. Ni kau Jah kat tempat orang pon sama ea. Tak yah nak mengata orang. 

Ok then dah xtahan kat parangtritis sebab terlalu panas, kami ke gumuk pasir. Alahai panas nya cuaca. Kalau x, boleh dah main sand boarding. So kami bertiga pun berjalan la di tengah padang pasir tersebut ibarat orang gila yang xsedar bahawa panas sedang membakar. Hahaha. Tengah2 padang pasir tu pulak ade pokok cactus. Huhu.. memang terasa macam kat gurun sahara je. Paneh bak hang. Dah xtahan tu, kami ke tempat bang rudy bersantai. Berborak2. Cakap kat dia nak tunggu sampai petang sebab nak main sand boarding. Tp perut pulak dah lapa mase tuh. N masing2 pun dah keletihan. Huhu. 

Tak nak kutip ke S yang tertanggan tuh?

Bajet2 Gurun Sahara.


Ok then kami ajak bang rudy pegi makan. Makan mi ayam lagi. Haa Nampak x kami dah ketagih dengan mi ayam. Sedap tau.. tapi mi ayam kedua ni xleh lawan mi ayam pertama tu. Ape pun tetap sedap gak. Ok then pastu bang rudy bawa kami jenjalan kat museum sejarah Jogja katanya. Sekali dengan taman pelangi kat situ. Tapi disebabkan kami pergi siang, so xnampak la keindahan taman pelangi tuh. Huuhu. Jenjalan kat museum beli air ala2 coolblog. Tapi xsesedap coolblog Malaysia. Wuwu. Duduk jap bersantai minum2 coolblog. 

Model Muzium


Then kami pun gerak ke kereta tengok bang rudy tengah tido. Malas nak ganggu dia. Biarin aja dia tidur dulu. Huhu. Xlama pastu dia pun bangun n terkejut tengok kitorg dah tunggu. Punya la cuak muka nya. Sebab bang rudy ni jenis yang sangat lah punctual orang nya. Dia xkan benarkan kita tunggu dia. Biar dia yang tunggu kita. Bagus kan dia. Sebab tu kami selalu rindukan dia. Ok then pastu bang rudy kata nak bawa kami ke toko kulit. Katanya situ tempat jual barangan kulit. Ikutkan je la.. tengok2.. rupa2nya selipar yang dia pakai tu selipar kulit. Ingatkan selipar biasa. Huhu. Masa on the way tu si rose ni buka la lagu kat hp dia yang byk lagu Hindustan n dangdut tuh. Dahtu boleh plak bang rudy ni tetiba je kata iya lagu ini bisa goyang pantat. Ops!! Terbuntang mata dibuatnya. Aku pandang kak ain, kak ain pun pandang aku sambil terbuntang2 mata kami. Yang dak si rose ni slumber dia je kata “ee ape tu? Bang rudy ni mencarut ya. Teruk la bang rudy ni mencarut.” Hahaha.. ape lagi aku ngan kak ain macam nak pengsan gelak. Sampai nak terputus urat perut ni ha. Yang dak rose masih lagi menuduh bang rudy tu mencarut. Hahaha. Adoi.. len kali Tanya la dlu ape maksudnya. Mungkin berbeza kot dengan Malaysia kan. Dah org tua tu xberani dah nak menyebut. Disuruhnya pulak Tanya aku. Hahahaha.. adoi la hai. kami gelak xhenti sampai la ke hari ni. Masih teringat2 lagi kenangan tuh. Huhu. Kat sini aku nak cakap yang bang rudy tu tersangat la baik orang nya. Iya pastinya aku akan merindui kelucuannya. Dan memang terbukti pun. Sebelum kami berpisah, kami saling2 minta maaf kat bang rudy andai dia ada terasa hati ke dengan gurauan kami. Kami pun amek gambar sama2. Hmm.. sedih nya nak berpisah ngan bang rudy. Kami masing2 ke bilik petang tu. Nak rehat dulu. Sebab malamnya akan ke malioboro. Masa tu dah start terasa sendunya. Hmm.. sedih. ……….. Ok malamnya kami jalan kaki ke malioboro. Shoping. Xtau nak beli ape sebab tempatnya sesak. Aku sempat sambar beberapa t shirt je. Sebab meneman rose memilih barang punyalah lama. Huhuhu.. aku pulak bukannya kaki shoping. So aku main beli je la. Then habis shoping kami makan kfc. Kfc kat sini xsama dengan kfc Malaysia tau. Cheezy wedges xde. Huhu.. dapat pulak free cd republic.. huhu.. so berniat untuk hadiahkan je pada bang rudy. Memandangkan dia suka betul tukar2 radio tu. Huhu. Ok then nak balik, masing2 dah xlarat nak jalan, kami naik kereta kuda. Huhu. Jauh pulak la kereta kuda ni pusing. Huhu. Naik bilik, memasing keletihan, tapi aku tetap xleh nak tido pon. Dah terasa dah rindunya pada jogja. Rasa mcm xnak tido je sebab nak menikmati lagi detik2 terakhir di jogja. 


30 September 2016 

Ok keesokkan hari nya bang heru yang amek. Kul 9 katanya. Huhu. Kami dibawa ke Taman Sari. Taman sari tu adalah tempat yang umpama istana sultan2 zaman dahulukala. Ade plak tour guide ni yang bawa kami meneroka taman sari tuh. Dia terangkan pasal kolam2 tempat gundik2 mandi la tempat tidur la. Puas hati la dengan penerangannya. Cuma kami xdpt nak gile2 bergambar. Dia cepat sgt. N kat taman sari tu kan ade 1 pokok ni, buah dia tumbuh di batang. Sape yang makan buah tu akan berbau wangi peluhnya. Huu.. hebat. Juga ada batu wangi kat situ. Bakar je, leh wangi 1 tempat tu. Ok slesai jenjalan, kami kembali semula ke bang heru. Then dia bawa kami ke malioboro. Nak cerita sikit tentang bang heru ni. Dia xmacam bang rudy. Bang rudy seorang yang humble. Tapi bang heru ni seorang yang meninggi diri sikit. Berlagak sikit. Dia cerita ramai guest yang lebih sukakan dia la. Request dia la. Macam2 lagi la. Then dia berlagak pria terhebat mengayat aku. Tujukan lagu untuk aku la. Memacam je dia tuh. Ade ke dia kata muka aku macam muka jawa. Sesuai dengan dia katanya. Huhu. Maleh aku nak layan dia. Dah la orang tengah sedih ni. Dia pulak boleh bukakan lagu sedih2. Berair mata. Tapi nasib baik dapat di tahan. Then kami request untuk ke kedai makan. Lapar. Kat kedai makan, aku Nampak pulak mata rose ni dah berair. Ah sudah! Aku kan pantang! Kalau dah mengalir, memang susah la nak berhenti. Adoi. Habes la.. memang langsung xnak berenti kate ko. Huh.. semakin hamper ke airport, semakin laju air mata ni. Gak bisa ditahan sih. Bang heru kata atiqah jangan nangis. Kalau rindu saya ya bisa call guna wasap. Hmm.. aku bukan rindu sama kamu tapi aku rindu sama jogja dan kenangannya bersama bang rudy.. omg. Berakhir di situ cerita kami kerna airport pun sudah dijejaki. Hmm.. kami bergambar bersama bang heru buat kenangan. Dengan perlahan, kami bertiga menarik beg dengan lemah longlai dan hati yang berat. Entah bila akan ke sini lagi. Entah bila.. entah. Hmm.. 

Kami di kolam tempat gundik2 sultan mandi


Sebelum ke airport, melantak mi ayam buat kali terakhir. 

Haa ni dia Mas Heru yang tak habis2 dengan pickup line dia. 

Ready to fly back to Malaysia

Sekian cerita dari kami. Tiqa, Ros dan Ain. Kami bertiga yang masuk air dan gila-gila ketika bercuti. Ya kami bertiga punya kenangan indah di sana. Cerita ni boleh diulang untuk kenangan yang bakal dirindukan. Ya pasti dirindui. Sekian, coretan dariku, 


Sharifah Nuratiqah Sazali………….

PUISI BUAT JOGJA~