Jumaat, 11 Mac 2011

Epilog Sebuah Drama~


manusia adalah khalifah di atas muka bumi ini~

itu satu gelaran berat yang dipikul oleh umat sejagat sebagai simbol pertanggungjawaban~

tidak keterlaluan jika dikatakan sejak akhir-akhir ini bayangan khalifah itu kelihatan samar2 dan seakan-akan kian padam~ tiada lagi jati diri dalam individu2 Islam khasnya di negara kita~

semakin kuat irama dakwah dialunkan, semakin rancak jugalah langkah mungkar ditarikan~ hingga ada sesetengah kita yang begitu lantang menyuarakan hak kebebasan untuk memilih cara hidup masing2 dlm pasca moden ini tanpa mempedulikan sensitiviti para ulama yang tidak pernah tumbang memperjuangkan agama Allah SWT bersama org2 yg berjuang~

... wahai orang2 yg beriman, sabarlah kamu (dalam menegakkan agama Allah dan sabarlah kamu dlm perjuangan menghadapi musuh (hawa nafsu) dan tetap teguhlah kamu (dalam barisan perjuangan) dan bertaqwalah kamu kepada Allah moga2 kamu mendapat kemenangan..."
[surah ali- Imran : 200]