Rabu, 19 Januari 2011

TaBaH

"kita hanya merancang dan Allah yang tentukan"

pastinya pepatah ini cukup sinonim dengan kehidupan seharian kita dan tidaklah menjadi masalah bagi sesiapa yang berpegang pada kata-kata ini untuk menerima suratan takdir meskippun hakikatnya sangat pahit...

mmg menjadi lumrah manusia sering kali melatah apabila berdepan dengan ujian, apatah lagi sekiranya sesuatu kejadian itu berlaku di luar dugaan sama sekali. hati mula b erkata bahawa semuanya tidak masuk akal. sedangkan kita lupa bahawa setiap sesuatu itu ada yang menguruskannya mengikut kehendak dan kasih sayangNya~

Allah Maha kaya dengan segala anugerah serta dengan nikmat yang tidak putus-putus diturunkan kepada semua hambaNya cuma percaturan Allah SWT sememangnya berbeza-beza mengikut kehendakNya Yang Maha Adil lagi Maha mengasihi. kita sebagai hamba, seharusnya akur dan redha serta percaya sepenuh hati bahawa ujian itu didatangkan dengan sejuta hikmah dan kita biasanya hanya menerima natijah setelah kita benar-benar pasti tentang apa yang kita sedang lalui. sesungguhnya,, Allah SWT itu tidak pernah kejam ke atas hamba-hambaNya tanpa mengira siapa kita~

"...Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..."
(surah al-Baqarah : 286)

musibah yang mungkin datang silih berganti sepatutnya dijadikan kayu pengukur kepada tahap iman dan taat kita terhadap Allah SWT. mungkinkah selama ini kita leka dalam menjalani kehidupan sebagai hamba yang mengaku beriman, tetapi amalnya jauh sekali~

setiap nikmat yang diberi Allah SWT kita hirup hingga titisan terakhir tanpa segan silu~
namun perintahNya yang tidak sezarah pun menjejaskan sosio kehidupan, kita abaikan dengan rela hati tanpa rasa bersalah.. memang benar kita insan lemah yang punya banyak kekurangan, akan tetapi mengapa kekebalan doa tidak diguna pakai bagi menangkis godaan dan hasutan mereka yang sesat lagi menyesatkan kita, agar terus patah serta jatuh apabila berhadapan dengan dugaan yang kadang-kadang mencabar kecekalan iman~

BERDOALAH wahai insan kerana itu sahaja SENJATA yang kita ada~
tanpa doa, kita mungkin akan tersasar jauh lantaran sifat lemah dan alpa~

"...Dan apabila manusia ditimpa bahaya, dia berdoa kepada Kami dalam keadaan baring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat) seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. begitulah orang-orang yang melampaui batas memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan..."
(surah Yunus :12)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan