Selasa, 13 September 2011

ALLAH TAK BERI SEMUA KEMAHUAN KITA~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

bersyukur ke hadrat Nya kerana aku masih mampu berdiri dan berjalan tanpa cela di dunia yang fana ini~

setiap hari yang dilalui, amat bermakna bagiku~

segala apa yg Allah berikan padaku hinggalah ke hari ini, membuatku sentiasa berfikir~

membuatku sentiasa merenung~

segala yang ku inginkan, dipandang sepi~

perkara yg aku impikan, hanya menjadi idaman~

kesedihan tetap bertamu dalam hati~

kecewa tetap bertandang dalam jiwa~

namun ku fikirkan semula~

Allah berikan berdasarkan kemampuanku~

mungkin kerana aku tidak mampu utk itu,, jadi Allah hanya berikan apa yang aku mampu~

tp kenapa aku masih ingin mempersoalkannya??

bayangkan jika Allah tunaikan impian ku~

mungkinkah aku akan jatuh tersungkur oleh kerana impian ku tercapai?
ya!! begitu lah~

maka~

aku harus bersyukur akan segala ketentuanNya dan aku tidak akan mempersoalkan segala takdirNya~ :)

alhamdulillahi rabbil `alamin~~~~