Isnin, 21 Februari 2011

Kekasih Agung sedang Cemburu



"diambil dari petikan artikel majalah solusi"

Anda sedang asyik berbalas sms dengan seseorang yg bukan mahram?
anda sedang ternanti-nanti panggilan daripada si dia?
anda sedang menunggu saat-saat dapat b
ertembung dengan nya?
anda sedang memilih minyak wangi untuk keluar dating?

err... jika jawapannya ya, anda sedang membuat Kekasih Agung anda sangat cemburu..
berkata Ibn Qayyim al Jawziyyah : "Allah s.w.t. cemburu terhadap hati hambaNya yg mengabaikan cinta, harap dan takut kepadaNya dan ada sesuatu yg lain dalam hatiNya selain Dia..

kata-kata ulamak muktabar ini ada asasnya daripada sabda Rasulullah s.a.w. Daripada Mughirah r.a katanya, Sa'ad bin Ubaidah mengatakan: Sekiranya aku melihat lelaki berkelakuan serong (bermesra-mesraan dengan isteriku, nescaya lelaki itu aku tetak dengan mata pedang yang tajam, bukan dengan sisi tepi pedang!..

ucapan itu smpai kepada Rasulullah s.a.w. lalu Baginda berkata: Mengapa kamu hairan melihat cemburu Sa'ad? demi Allah aku lebih cemburu daripadanya (terhadap perkara yg di ambil endah dan benci demi agama). dan Allah lebih cemburu daripadaku.. kerana itu dilarang Nya mengerjakan perbuatan keji, baik yg terang ataupun yg tersembunyi. dan tiada seorang pun yg suka memberi maaf selain daripada Allah, dan keranan itu di utusNya org yg akan memberikan peringatan..
tiada seorang pun yg suka menerima pujian lebih daripada Allah dan keran itu (untuk org yg memujiNya) dijanjikan syurga. " (riwayat albukhari dan Muslim).


Cemburu Allah Tanda Besarnya Cinta

kecemburuan Allah langsung tidak menunjukkan kerendahan atau Dia memerlukan kita..
Maha suci Allah daripada sebarang sifat kekurangan.. cemburu Allah ialah tanda besarnya cinta Yang Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hambaNya..

Dia tidak memerlukan kita.. Dia tidak luak dgn kelalaian kita.. tak terjejas tanpa cinta kita..

tapi kita?? kperluan kita kepada cintaNya lebih penting daripada kita memerlukan makanan, minuman atau oksigen.. mencintai Allah adalah fitrah hidup kita smeua.

Dia cemburukan hati kita yg meletakkan cinta lain yg lebih Agung daripadaNya kerana Dia sayangkan kita. Dia tidak mahu kita menempah jalan sengasara.. Dia menawarkan cinta yg tak pernah mengenal kecewa.. inilah cinta teragung..

Firman Allah s.w.t. yg bermaksud :
" dan diantara manusia ada yg menyembah tandingan2 selain Allah, mereka mencintai sebagaiman mencintai Allah.. adapun org yg beriman lebih besar kecintaannya kepada Allah.." (surah al Baqarah 2:165)

cintaNya cinta utama. cintaNya membuatkan semua masalah besar terasa kecil kerana kita ada Allah yg Maha Besar utk menyelesaikan nya. cinta Nya membuatkan kita berasa kuat dan yakin diri kerana percaya ada Raja yg mempunyai kerajaan langit dan bumi bersama kita.. cinta Nya membuatkan hidup kita mulia krn merasakan diri kita hanya hambaNya, tidak boleh diperhambakan oleh sesama manusia..

Bila kita Tak Kisah

apabila kita tidak ambil kisah tntang kecemburuan Allah, terus mengagungkan makhlukNya,, bimbang cinta kekasih Agung kan menignggalkan kita. azab Allah yang amat berat di dunia adalah apabila Dia memisahkan kita daripada jalan2 menuju hidayah, menuju ke syurga.. apabila Allah memisahkan kita daripada kebaikan2, maka apa ertinya hidup kita ini lagi..?

lebih menakutkan apabila Allah menghilangkan "rasa" yg boleh menyelamtkan hidup kita.. ketika itu,kita biasanya hilang pertimbangan yg wajar dlm mengambil sesuatu keputusan bijak..

Bagaimana mereka Menguruskan Cinta

ya!! kerana ketertarikan kami kepada si dia itu lumrah.. fitrah yg Allah hadirkan.. setiap fitrah ada peraturannya,. fitrah mkn pun ada peraturan,,inikan pula fitrah cinta?? oleh sebab itu, wajarkah anda mencipta langkah seterusnya tanpa membelek sedikit pun ttg peraturan yg Allah tetapkan?

sanggupkah dirimu mencipta sebuah kenangan cinta tanpa peraturan? penuh maksiat hati.. menjalar pula pada maksiat perbuatan..

remajaku syg, bukan dirimu sahaja yg mengalami rasa cinta, malah semua org tidak terkecuali termasuk para Rasul, sahabat dan org soleh.. bezanya, bgaimana mereka menguruskan perasaan itu? bgaimana pula kita menguruskannya?

Ibn al- Qayyim menukil indah dalam bukunya Raudah al Muhibbin tentang kisah sayyiditina Fatimah al-Zahra berkata kepada suaminya Sayyidina Ali, "kanda, dulu sebelum kita nikah, dinda teringin sangat utk jadi isteri seseorang.. Dinda amat mengaguminya."

dengan penuh cemburu, Sayyidina Ali menjawab.."habis tu, Dinda menyesal nikah dengan kanda?"

si isteri menjawab nakal dgn senyuman menghiasi bibir.. " tak kandaku sayang..kerana org itu ialah kanda.."
kisah ini menjaddi salah satu bukti jelas bahawa puteri Rasulullah sendiri pernah memendam perasaan cinta kepada Sayyidina Ali, mengagumi, merindui dan memasang impian hidup bersamanya..

namun adakah si gadis iman itu berani menghantar surat tanpa pengetahuan wali, berhubung melalui burung merpati, mengatur dating di belakang pohon kurma atau membonceng unta bersama kekasihnya?

begitu juga Sayyidina Ali.. adakah dia melalaikan Fatimah dgn janji2 kosong sebelum menikah? adakah dia meredah hak wali dengan terus mengorat gadis idamannya? adakah dia terburu2 merebut cinta Fatimah yg turut diimpikan oleh Sayyidina Abu Bakar dan Umar dengan membawanya lari? adakah dia meminang Fatimah ketika tidak membina kualiti diri?

kita pula, bgaimana kita menguruskan perasaan fitrah kita kepada si dia? adakah dengan jalan yg menghampiri fitnah atau dengan jalan yang menghampiri barakah?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan