Khamis, 10 Oktober 2013

AIR MATA

aku dilahirkan dengan air mata yang sangat murah~ sejak kecil, sekecil 2 bulan, sehingga sekarang, dewasa~ air mata aku memang terlalu murah~ sedih, marah, gembira, teruja, risau~ setiap perasaan itu, pasti akan ada air yang mengalir di ruang tubir mataku~ kenapa? aku sendiri hairan. bagaimana untukku mengawalnya dari keluar~ setiap insan mempertikai air mataku~ kata mereka, aku sangat lemah. namun bagiku, hanya air mata yang mengalir. tapi perasaan ku tidak selemah air mata yang mengalir~ hanya air mata~ aku dipersoalkan dan dilabel dengan bermacam andaian~ lemah, manja, cembeng~ bagaiamana untuk ku terangkan.. aku bukan selemah air mataku.. kenapa begini? bagaiman untukku menahan air mata ini dari terus mengalir?

Ahad, 26 Ogos 2012

Lenanya Aku Dalam Sedar

kata Imam Ghazali bahawa, " yg paling jauh dari kita adalah 'masa lalu'. bgaimanapun kita, apa pun kenderaan kita, tetp kita tidak bisa kembali ke masa lalu. oleh sbb itu, kita harus menjaga hari ini dan hari2 yg akan dtg dgn prbuatan yg sesuai dgn ajaran agama." Sudah terang lg bersuluh, bhawa stiap perbuatan yg ingin kita lakukan harus dsertai dgn akal yg waras d samping panduan iman yg tepat bagi memastikan hasilnya tidak akan mendatangkn sesal.. mnjalani khidupan yg tiada siapa tahu hjung pangkalnta mmbuatkan kita berkelahi dgn masa dan berebut dgn waktu seolah2 tempoh yg Allah beri tidak pernah cukup.. walhal kita sndiri sbnrnya yg kalut tanpa sbb lalu melahirkan generasi singkat waktunya dan akhirnya menjadikan kita masyarakat yg tumbanf xjatuh ke tanah, terbang x tinggi ke awan.. smuanya hnya ala kadar kesn dr ksyntukan masa yg kita ciptakan sndiri.ksibukan mmbawa kita kpd kelalaian yg tiada berpenghujung lalu mnjauhkn kita dari Tuhan yg sntiasa dekat dn memerhati. KENAPA TIDAK BERSEGERA DLM SETIAP SATU PERBUATAN YG TIDAK PERLU PADA PENANGGUHAN AGAR KITA MERASAI NIKMAT WAKTU ITU.. "...Maka Kami perkenankan doanya dan Kami anugerahkan kpdnya (nabi Zakaria) Yahya dan Kami jadikan isterinya dapat mengandung. sesungguhnya mereka adlh org2 yg selalu bsegera dlm (mengerjakan) prbuatan2 yg baik dn mereka berdoa kpd Kami dgn harap dan cemas. Dan mereka adlh org2 yg khusyuk kpd Kami." [surah al-Anbiya' : 90]

Selasa, 13 September 2011

ALLAH TAK BERI SEMUA KEMAHUAN KITA~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

bersyukur ke hadrat Nya kerana aku masih mampu berdiri dan berjalan tanpa cela di dunia yang fana ini~

setiap hari yang dilalui, amat bermakna bagiku~

segala apa yg Allah berikan padaku hinggalah ke hari ini, membuatku sentiasa berfikir~

membuatku sentiasa merenung~

segala yang ku inginkan, dipandang sepi~

perkara yg aku impikan, hanya menjadi idaman~

kesedihan tetap bertamu dalam hati~

kecewa tetap bertandang dalam jiwa~

namun ku fikirkan semula~

Allah berikan berdasarkan kemampuanku~

mungkin kerana aku tidak mampu utk itu,, jadi Allah hanya berikan apa yang aku mampu~

tp kenapa aku masih ingin mempersoalkannya??

bayangkan jika Allah tunaikan impian ku~

mungkinkah aku akan jatuh tersungkur oleh kerana impian ku tercapai?
ya!! begitu lah~

maka~

aku harus bersyukur akan segala ketentuanNya dan aku tidak akan mempersoalkan segala takdirNya~ :)

alhamdulillahi rabbil `alamin~~~~

Rabu, 23 Mac 2011

JanjiNya~


TIGA perkara yang sudah dijanjikan Allah SWT yang tertulis di LUH MAHFUZ atas kesemua umat manusia adalah REZEKI,, JODOH,, AJAL~
perjanjian ini akan terlaksana tanpa sedetik pun lewat apabila tiba masanya... usahkan ribut,, taufan sekalipun tidak akan boleh mengganjakkan janji ini...

hanya doa yang mampu kita pinjam sebagai pena untuk mencoret kepada kisah pengakhir janji Tuhan itu...

tiadalah daya kita mempersoal apa yang diatur olehNya yang Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu... kita didatangkan selemah-lemah kejadian dengan seberat-berat tanggungan~

"... Dan diciptakanNYa manusia itu dalam keadaan lemah..."
[surah an-Nisaa : 28]

Jumaat, 11 Mac 2011

Epilog Sebuah Drama~


manusia adalah khalifah di atas muka bumi ini~

itu satu gelaran berat yang dipikul oleh umat sejagat sebagai simbol pertanggungjawaban~

tidak keterlaluan jika dikatakan sejak akhir-akhir ini bayangan khalifah itu kelihatan samar2 dan seakan-akan kian padam~ tiada lagi jati diri dalam individu2 Islam khasnya di negara kita~

semakin kuat irama dakwah dialunkan, semakin rancak jugalah langkah mungkar ditarikan~ hingga ada sesetengah kita yang begitu lantang menyuarakan hak kebebasan untuk memilih cara hidup masing2 dlm pasca moden ini tanpa mempedulikan sensitiviti para ulama yang tidak pernah tumbang memperjuangkan agama Allah SWT bersama org2 yg berjuang~

... wahai orang2 yg beriman, sabarlah kamu (dalam menegakkan agama Allah dan sabarlah kamu dlm perjuangan menghadapi musuh (hawa nafsu) dan tetap teguhlah kamu (dalam barisan perjuangan) dan bertaqwalah kamu kepada Allah moga2 kamu mendapat kemenangan..."
[surah ali- Imran : 200]

Jumaat, 25 Februari 2011

HilanG~


ke mane pergi saya yang sebelum nih?
skrg nih lebih byk mendiamkan diri..
xda hati nak gelak mcm sebelum nih..

>.<

hilang sudah sharifah nuratiqah yang dulu... aiyo0..

gelak pun xmcm sblm nih.. mulut je yang gelak.. tapi hati langsung xgelak pun.. >.<

maaf lah yer kwn2 sbb sharifah nuratiqah sekarang dah lain ckit..

Selasa, 22 Februari 2011

Hati Itu~

bismillahirrahmanirrahim~~

assalamualaikum~

bicara tentang kekuatan hati,, aku tidak pasti adakah hati aku kuat.. atau pun terlalu rapuh..
tapi bila mereka yg melihatku,, pasti disimpulkan aku adalah seorang yang sangat lemah~
kerna apa?? kerna air mataku... namun ku mulai menyedari,, di sebalik air mataku ini,, aku punya kekuatan yg hanya aku sendiri menyedarinya.. walaupun pahit yg di rasa, aku tetap akan teruskan.. aku tidak akan pernah menoleh untuk melakukan kesilapan yg serupa..

benar,, dikatakan hati itu umpama kaca yang rapuh.. mudah retak dan berderai.. oleh itu,, ia akan dijaga sebaik2 iman dan taqwa... kerna ku yakin,, ganjaran Allah itu pasti..

"bersangka baiklah terhadap Allah.. nescaya Allah sentiasa mengikut persangkaan hambaNya"

setiap yg menjadi rasa, akan disimpan jauh di sudut hati ini.. ku yakin Allah mendengar seruan hatiku... Allah mendengar impian hatiku.. dan mudahan,, Allah tunaikan dan permudahkan segalanya~