Selasa, 23 November 2010

lahirnya dia ke dunia

tersebutlah kisah~~
kisah dongeng je nih tau~

tepat jam 8malam,, lahirlah dia ke dunia nih~

wahh~~ ini lah rupenye dunia~ terangnyer~ penuh dengan cahaya~
xmacam dunia yg sblm nih..gelap jer.. sempit pulak tuh.. xdpt nk begerak sgt~

tangisan dia kedengaran~ apakah maksud tangisan nya?? tanda kesedihan ka?? tanda kegembiraan ka?

oh~ ni lah dier ibu yg telah besusah payah mengndungkan aku rupenyer~ wah~ cantiknyer dier~ bersih wajahnya~ nnti aku dah besar,,aku nk jadi ibu yg penyayang mcm dier la~

ibu dan neneknya bersembang sesama sendiri~ ayah pula tidak kelihatan~
sembap muka ibunya~ kerut di wajah seri nya~

DUA hari kemudian~~~

eh,, ade org pegang aku la~ die juga cantik seperti ibuku~ tapi knp ibuku menangis?
dan kenapa yg memegangku kini tersenyum gembira? apa yg terjadi sebenarnya?
aku dibawa pulang oleh nya~ aku dilepaskan oleh ibuku kepada dia yg kini mendukungku~ kenapa agaknya ya??
hari2 berlalu~ dia menjagaku dengan penuh kasih sayang~ aku tidak lagi lihat ibu yg telah mengandungkan ku~ ibuku telah bertukar~ dia kini yg ku panggil emak~

tak mengapalah~ aku redha andai ini takdirNYA~
aku bersyukur~

dia semakin membesar~ semakin keletah berbicara~ genaplah kini umurnya 7tahun~
emaknya memanggil dia ke ruang tamu~

"nak,, mak nak crita kat iqah satu kisah~"

dia yg kurang mengerti bicara org dewasa hanya mengangguk~

" iqah sbnrnya bukanlah anak mak.. iqah diberi oleh ibu kandung iqah kepada mak.. mak cuma jaga iqah.. tapi mak xmengandungkan iqah..iqah faham x ape yg mak cakapkan ni?"

dia merenung tepat ke mata emaknya~
apakah yg sebenarnya emakku cuba sampaikan?

dia hanya mengangguk dan diam seribu bahasa~ dalam usianya yg sebegitu muda,, dia masih kurang mengerti apakah yg cuba disampaikan oleh emaknya~
kini dia semakin meningkat dewasa~dia sudah mengerti segalanya~ dia juga selalu dipertemukan oleh ibu kandungnya~ dia berlagak biasa~ dia menerima hakikat bahawa dia bukanlah dijaga oleh ibu kandungnya sendiri~ tapi dia telah dijaga oleh seorang emak yg sangat dikasihinya~ yg sangat disayanginya~ emak yg dianggapnya malaikat yg sentiasa menjaga nya dari kecelakaan.. dari kelekaan~ dari kelalaian~ dari kealpaan~ yg sentiasa menyedarkan nya bahawa dia mempunyai seorang lagi ibu yg telah melahirkannya~
LIHATLAH~~

mulianya hati emaknya~
hari kian mendatang,, pelbagai konflik terjadi dalam hidupnya~ dia sebagai anak,, sentiasa diburu rasa bersalah~
sentiasa di dalam dilema~
antara kasih emak yg telah mencurahkan kasih sayanagnya,,dengan kasih ibu yg telah melahirkan nya~

ya Allah,, ya TUHANKU~ kau perkuatkanlah hati ku,,imanku..
Kau berikanlah petunjuk kepadaku~ kerna Kau Maha mengetahui ats setiap yg terjadi di muka bumi ini~

menitis air matanya ketika berdoa~

hati kedua2 ibu harusku dijaga~ namun,, bila dia jaga hati emak,, hati ibu akan terguris~ dan juga bila ku jaga hati ibu,, hati emak akan tersiat~ dan itulah perkara yg paling tidak mmpuku tahan~ aku terlalu sayangkan emak~ kerana hanya dia yg telah mencurahkan kasih sayang kepadaku.. dia lah yg telah mengajarku erti kehidupan dan kekuatan serta ketabahan~

hingga kini,, dia masih berdoa minta akan petunjuk dari Allah~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan